Johan Anthoniszoon "Jan" van Riebeeck (
21 April,
1619–
18 Januari,
1677), adalah seorang pentadbir jajahan
Belanda dan menjumpai
Cape Town. Beliau dilahirkan di
Culemborg di Belanda merupakan anak kepada seorang pakar bedah. Beliau dibesarkan di
Schiedam, dan di sana juga beliau berkahwin dengan
Maria de la Quellerie pada
28 Mac 1649 (meninggal dunia di
Melaka, pada
2 November 1664, pada usia 35). Pasangan ini mempunyai lapan orang anak lelaki, salah seorang daripada mereka,
Abraham van Riebeeck, telah menjadi Gabenor-Jeneral Hindia Belanda.Menyertai
Syarikat Hindia Belanda (VOC) pada
1639, beliau berkhidmat dalam beberapa jawatan, termasuk menjadi seorang pembantu pembedahan di
Batavia di
Hindia Belanda. Beliau juga sering melawat
Jepun. Kedudukan terpenting beliau adalah menjadi ketua pusat perdagangan VOC di
Tonkin,
Vietnam. Akan tetapi, beliau dipanggil balik apabila didapati bahawa beliau melakukan perdagangan untuk dirinya sendiri.Pada
1651, beliau diminta mengambil tempat pemerintahan penerokaan Belanda yang kini merupakan
Afrika Selatan. Beliau mengarahkan tiga kapal Drommedaris, Reijger, dan Goede Hoop mendarat di
Cape Town pada
6 April 1652 dan berhenti di sebuah tempat yang dijadikan stesen laluan bagi perdagangan VOC antara Belanda dan Hindia Belanda.Van Riebeeck adalah Commander of the Cape dari
1652 hingga
1662; beliau ditugaskan dengan pembinaan sebuah kubu, dengan memperbaiki tempat berlabuh di Table Bay, menanam buah-buahan dan sayur-sayuran serta mendapatkan bahan keperluan dari orang asli suku
Khoi. Di Taman Botani
Kirstenbosch di Cape Town, wujudnya satu pokok renek
badam yang liar masih hidup yang ditanam dengan perintah beliau untuk rujukan sebagai sempadan. Bahagian depan kubu diperbuat daripada lumpur, tanah liat dan balak, dan telah mempunyai empat penghujung dan benteng. Benteng ini seharusnya tidak dikelirukan dengan Istana Cape Town, yang dibina antara 1666 dan 1679, beberapa tahun setelah Van Riebeeck meninggalkan Cape, yang mempunyai lima benteng, dan diperbuat daripada batu-bata, batu dan simen.Van Riebeeck melaporkan sebuah
komet pertama yang ditemui di Afrika,
C/1652 Y1, yang dijumpai pada
17 Disember 1652.Beliau meninggal dunia di Batavia (kini
Jakarta) di pulau
Jawa pada
1677.